Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts

Thursday, August 14, 2014

CHOCOLATE WALNUT BUTTERSCOTC DARI LUXUREE DESSERT

Salam semua.... ya allah lama nyer menyepi kat dunia blog neh... neh pon tibe2 je mai kerajinan nak post entry sebab semalam iolss dapat 3 box kek percuma.. yer PERCUMA sape tak suka kan..


tak da percuma sangat pon sebenarnya.. hehehe iolss join contest dari Laxuree Dessert


ni iolls punyer post, eja masjis jamed pon salah lol.. tah macam mana leh menang.. hahahahha



nasib baik, dalam ramai2 join iolls jugak yang termenang walaupon post tak seberapa.. tq Laxuree Dessert



so dah2 merepek jom kite layan hadiah yang iolss dapat.
iolls dapat 3 box kek coklat yang super sedap ni semalam, owner dia mai hantar sampai ke pintu pagar umah iollss okeh.


Kek ni nama penuh dia CHOCOLATE WALNUT BUTTERSCOTCH, RM 9.90 je sebenarnya iolss pernah je makan kek ni sebelum ni tapi iolss beli sama dieorang buka booth dekat masjid jamed, btw brownies dieorang pon sedap tapi lupe dah berapa RM beli masa tu. Rasa kek ni sangat moist, coklat dia banyak & tak manis sangat. Hari ni iolss shared 1 bekas dengan 3 orang staff semua puji kek iolss buat sedap.. opss kek dari Luxuree Dessert sangat yummylicious.


Dah la malas lah nak cakap banyak, uolls nak rasa sila beli sendiri oke.

boleh beli di :


Facebook: Laxuree Dessert
Instagram: laxureedesserts








Wednesday, October 16, 2013

Review: BB Cream Safi Rania Gold

Assalamualaikum semua.. ermm lama tak bukak blog bz bebeno aiolss sekarang... so malam ni pon agak ngantuk jugak tapi rasa macam nak shared something je dengan uolls semua..haa sape pernah pakai BB Cream Safi Rania Gold?? sapa2 yang dah pernah pakai mesti taw kan yang BB Cream Safi Rania Gold ni super duper best.. ok aiolls pon baru jugak pakai dalam 4-5 kali so hasil dia aiolls sangat puas hati lah

Packaging depan & belakang BB Cream Safi Rania Gold


BB Cream Safi Rania Gold jenis jenis tube yang kena pam2 tu so senang la kan kalo nak guna pam jer takde lah kalo lupe nak tutup tu cream die meleleh kuar

Texture BB Cream Safi Rania Gold 
texture dia macam krim2 biasa saja..dah apply dekat munga dia ringan jer nak kata cover semua parut jerawat tu tak da lah tapi krim dia ok la kalo setakat parut2 jerawat manja2 tu dia boleh cover lagi lah 

cakap saja tak guna kan..so ni testimoni dari aiolls sendiri..see krim ni tak buat muka kita nampak mekap kita tebal sangat..so far macam aiolls cakap tadi lah..aiolls puas hati la dengan BB Cream Safi Rania Gold. selain tu pakai BB Cream Safi Rania Gold ni buat muka ai tak berminyak & kalo tak silap aiolls BB Cream Safi Rania Gold ni tinggi jugak SPF dia. sesuai lah dengan Malaysia yang panas ni =)


Monday, October 7, 2013

Shiseido Black Mask


Assalamualaikum semua.. dah lama gila post ni ada dekat draf. sudah tiba masa nya aiolls kena publishkan..so jangan cakap banyak sebab rasa nya banyak orang dah penah guna mask ni kan..dulu famous amous kot mask ni..so aiolls pon dah banyak kali guna mask ni, so far best lah sebab dia leh hilangkan semua kotoran kat muka neh.. mau tak hilang kotoran..time pakai dia tu masa nak tarik, mak aiii sakit!!! tapi dah banyak kali pakai, lama2 dah biasa..betul lah orang cakap beauty is pain kan..


Ni packaging depan & belakang Shiseido Black Mask

So apa yang aiolls boleh shared pasal Shiseido Black Mask ni:

  • 1 pack tu boleh pakai 2 kali, so jimat la kan. tapi uolls kalo nak pakai 2 kali kena simpan betul2 taw baki mask tu takot rosak or kotor pulak kan
  • lepas pakai kulit muka rasa licin, merah2 sikit sebab time tarik mask tadi tu rasa sakit sikit2, 
  • so far ai suka lah, muka rasa bersih, licin, 
  • boleh hilangkan white and black head tapi muka aiolls ni jenis tak berapa ada sangat black head..tapi aiolls pakai jugak sebab nak bagi manje2 siket muka dengan mask2 bagai kan..baru la jerawat susah nak melawat kita nanti


Friday, September 13, 2013

Kek Coklat Moist Anis CMC

Jom layan gambar dulu






Haa terliur tak tengok kek coklat ni??? heheheh aiolls yang tengah ganti puase pon macam dah tergugat dah keimanan neh..takpe2 tahan nafsu makan dulu..nanti aiolss dah kurus ramping baru aiolss nak g serang lagi giant batu caves nak gi beli kek yang super duper sedap lazat lagi moist ni..ok kalo uools nak taw lebih lanjut pasal kek coklat moist ni boleh contact owner kek di dekat facebook beliau Tokey Keday Anis CMC.

So aiolls nak shared sikit perasaan keterujaan mase makan kek ni

  • kek yang super duper sedap
  • kek coklat yang lembap
  • banyak coklat cair 
  • harga murah
  • senang dapat sebab now dia dah luaskan pasaran kek dia di kebanyakan petronas sekitar KL/Selangor

Friday, August 30, 2013

Biore UV Aqua Rich BB Cream


Salam semua tengah tunggu mercun merdeka ker??? hehehe ok memandangkan ai pon tengah tunggu mercun merdeka sambil layan fb & blog so sempat la jugak upated 2 post malam ni.. ok straight to the point, ai nk shared dengan uolls pasal 1 lagi BB cream yang ai apply as free sample.. dah lama sampai. sampai 2 sample pulak tuh..hehehe


So ni la rupe BB cream yang ai cakap tuh Biore UV Aqua Rich BB Cream


 Biore UV Aqua Rich BB Cream sample dalam bentuk tube, saiz kecil je so senang la nak bawak g travel kan.. macam ai aritu lepas la jugak masuk BB cream ni naik light (flight kan tak leh bawak naik liquid), sebab saiz BB cream ni comey sangat so terlepas la sebab masih di bawah tahap dibenarkan. tak silap ai liquid yang dibenarkan ia bawah 1L..(betulkan kalo ai salah oke)


Texture BB cream. tak berapa nak liquid sangat, senang nk apply dan cepat kering.


So kalo uolls nk free sample jugak boleh apply dekat SINI

Me used this  Biore UV Aqua Rich BB Cream. 

Thursday, August 29, 2013

L'Oreal Paris Lucent Magique Skin Illuminating BB Cream



Asslamualaikum semua.. alhamdulillah sampai jugak bb cream yang ai request dari Loreal hari tu.. actually dah lama giler dah request tapi baru je dapat dalam bulan lepas ai request pulak lama jugak masa tengah pratikal dedulu zaman mudes mudis hahaha



Packaging depan & belakang L'Oreal Paris Lucent Magique Skin Illuminating BB Cream

View tube L'Oreal Paris Lucent Magique Skin Illuminating BB Cream


my testimony kiri no L'Oreal Paris Lucent Magique Skin Illuminating BB Cream & kanan with L'Oreal Paris Lucent Magique Skin Illuminating BB Cream

L'Oreal Paris Lucent Magique Skin Illuminating BB Cream BESTTT!!!!!!! 


me wearing L'Oreal Paris Lucent Magique Skin Illuminating BB Cream 


sape nak request jugak L'Oreal Paris Lucent Magique Skin Illuminating BB Cream boleh tengok SINI

Wednesday, August 28, 2013

Cara Bermasker dengan Bedak Tanaka

salam uolls wahh lama nyer tak berceloteh kat blog ni.. rindu pulak kan...hahahha
ok la uolls hari ni ai macam bosan tahap gaban so ai tetibe macam baik hati nak shared cara-cara ai guna bedak Tanaka as masker
ai takde la rajin sangat nak bermasker-masker ni, tapi kalo incik jerawat buat lawatan mengejut kat muka, so ai wajib pakai Tanaka ni as my masker




  1. ok memule uolls ambik siket bedak Tanaka tu letak dalam apa2 bekas pon boleh tapi ai tak nak nyusahkan diri so kite guna bekas penutup bedak Tanaka je untuk bancuh bedak tadi
  2. then lepas dah ambik sikit bedak Tanaka tadi, kita letak la air siket, siket jer taw sebab kita tak nak masker kita ni cair sangat
  3. last sekali kita sebatikan bedak Tanaka tadi dengan air..tadaaa dah siap and ready untuk di tepek kat muka.
so kalo uolls nak tahu lebih lanjut pasal bedak Tanaka boleh tengok review ai kat review-bedak-tanaka

kalo uolls nak beli boleh contact ai di eyra.dzuhairah  harga rm22 untuk 110g

Monday, August 5, 2013

Review: Bedak Tanaka


View Packaging Bedak Tanaka


View Packaging Bedak Tanaka

Bedak Sejuk Tanaka diperbuat daripada sumber alam semulajadi, kayu tanaka (sandalwood tree) yang sangat berkesan untuk :
  • Mengecut dan menghapuskan jerawat 
  • Menanggalkan sel-sel kulit mati, melembut serta menghaluskan kulit 
  • Memudarkan parut serta mencerahkan kulit 
  • Menyejukkan kulit dan mengawal lebihan minyak di kulit wajah 


Jenis-jenis Bedak Tanaka:
  • Hijau (Lemon) - sesuai untuk mencerahkan kulit,merawat jerawat kronik dan kulit pucat
  • Pink (Rose) - sesuai untuk meningkatkan kolagen kulit dan merawat jeragat
  • Krim (Original) - sesuai untuk melembapkan kulit,merawat penuaan dan melembapkan kulit
  • Putih (Jasmine) - sesuai untuk merawat ruam,sesuai juga merawat ruam bayi, kulit kering dan gatal-gatal

So ni review dari ai pulak
  • bau bedak ni sangat fresh sebab ai guna yang bekas hijau yang lemon tu, so bau dia pon bau lemon lah
  • first time pakai time muka ada 1 jerawat kronik.. pakai dalam 3- 4 jam je, esok pagi jerawat dah kering & pecah
  • ada orang cakap boleh pakai as foundation, tapi ai rasa macam pelik jer sebab texture bedak ni warna kekuning kuningan sikit..& ai prefer pakai foundation maybelline lagi kot
  • 1 botol tahan lama sebab kita just pakai siket jer so macam berbaloi la ai beli tak sampai RM20 termasok postage
  • paling ai suka sebab ai ni muka berminyak tapi kalo malam pakai bedak tanaka ni pagi esok muke tak berminyak dah padahal ai pakai 3-4 jam je sebab b4 tido ai da basuh dah tapi kalo uolls boleh je pakai bedak ni dari malam sampai ke pagi.
kalo uolls nak beli boleh contact ai di eyra.dzuhairah RM22 untuk 110G

Tuesday, July 23, 2013

Freebies: Panty liner kotex



Salam uolls rezeki ramadhan.. dapat sample dari kotex, kali ni dapat sample panty liner.


Packaging sample from Kotex


jom request sample dekat SINI



---------------------------------------------------------------------------------


ps: sapa2 yang nak ai review barang jualan secara PERCUMA boleh contact ai di dzuhairah@yahoo.com / fb:eyradzuhairah



dah klik? tq uolss ♥♥♥

Sunday, July 14, 2013

Only Beauty: Jom Request Sample dari Only Beauty.com



BEAUTYMATE YAMAGATA CHERRY NANO MASK

Full of natural vitamin C, the mask can leave skin white and luminous, adjusting skin texture and balancing sebum secretion. The polyphenos of cherry prevent overabundance of melanin, while liquorice and peony blossom extract soothe allergic skin. The hyaluronic acid contained can lock in moisture, keeping the skin hydrated and bright. It soothes, purifies and refines skin, and also enhances moisture retaining ability.



JUICE BEAUTY RM500 VOUCHER



---------------------------------------------------------------------------------
ps: sapa2 yang nak ai review barang jualan secara PERCUMA boleh contact ai di dzuhairah@yahoo.com / fb:eyradzuhairah







Wednesday, July 10, 2013

Review: Collagen Crystal Eye Mask



Salam semua & selamat berpuasa... amacam setengah hari dah puasa ok lagi tak?
ermm ai hari ni rasa penat sangat mata sebab dah berapa hari dah tak cukup tido tapi nasib baik ada Collagen Crystal Eye Mask boleh jugak buat treatment untuk mata ai yang letih ni

Collagen Crystal Eye Mask best sebab:
♥ Mengurangi lingkaran hitam
♥ Mengurangi bengkak/ sembap mata
♥ Berfungsi sebagai pelembab
♥ Mencegah dan memperlambat penuaan
♥ Anti-Kerut
♥ Refirming
♥ Mengurangkan garis-garis halus sekitar mata
♥Membantu menyegarkan mata
♥Merawat mata yang keletihan


Packaging depan & belakang Collagen Crystal Eye Mask


Collagen Crystal Eye Mask after kita buka packaging dia tuh, eye patch ni berair sikit & sejuk

CARA GUNA:

1. Cuci muka
2. Buka pek, ambil eye patch, pejam mata dan lekatkan di bawah mata
3. Biarkan selama 1 hingga 2 jam
4. Tanggalkan dan buang selepas itu (tidak boleh digunakan semula)


 After 2 jam ai pakai, eye patch dah jadi kering


Model tua Collagen Crystal Eye Mask

---------------------------------------------------------------------------------
ps: sapa2 yang nak ai review barang jualan secara PERCUMA boleh contact ai di dzuhairah@yahoo.com / fb:eyradzuhairah


























Saturday, July 6, 2013

KINOHIMITSU J'PAN COLLAGEN DRINK DIAMOND 5300


Salam semua.. haaa dah nampak pic kat atas tuh, taw tak pe benda tuh??
erm ok2 ni actually minuman kecantikan!! ulang suara minuman kecantikan!!
* packaging depan siap dengan harga lagi.. so nanti dah jangan tnya harga dekat ai dah ok.


* packaging belakang


1 kotak ada 16 botol, stok untuk sebulan uolls.


KINOHIMITSU J'PAN COLLAGEN DRINK DIAMOND 5300 
  • datang dengan 5300mg Kolagen yang duntuk kulit matang 
  • untuk memulihkan muda, daya tahan dan kulit berseri.
  • membaiki serat kolagen rosak untuk mengurangkan tanda-tanda penuaan seperti garis-garis halus, 



Kebaikan KINOHIMITSU J'PAN COLLAGEN DRINK DIAMOND 5300 

  • Membuat kulit lebih anjal
  • Kecilkan liang pori
  • Membentuk & mencantikan payudara dan punggung
  • Kurangkan garis halus pada muka dan kurangkan parut pada wajah
  • Untuk kulit halus & lembut
  • Melembapkan dan memutihkan kulit wajah
  • Menguatkan rambut dan kuku

* sapa yang perlukan KINOHIMITSU J'PAN COLLAGEN DRINK DIAMOND 5300 



* sapa yang perlukan KINOHIMITSU J'PAN COLLAGEN DRINK DIAMOND 5300 

-----------------------------------------------------------------------------

ps: sapa2 yang nak ai review barang jualan secara PERCUMA boleh contact ai di dzuhairah@yahoo.com / fb:eyradzuhairah







dah klik? tq uolss ♥♥♥

Thursday, July 4, 2013

Freebies: Laurier Perfect Comfort Pad


Salam semua haiii lama nyer tak update blog pasal review kan.. erm hari ni ai nk bebel pasal Laurier Perfect Comfort Pad. Terima kasih Koa Malaysia sudi hantar free sample kat rumah ai.


 Packaging depan & belakang Laurier Perfect Pad Comfort



Ni apa yang ai dapat, 2 keping pad & 2 keping pantyliner

So macam biasa la apa yang ai suka pasal Laurier Perfect Comfort Pad ialah:
  • pad dia yang nipis tapi cepat menyerap
  • tahan bocor


kawan2 boleh reques dekat SINI

------------------------------------------------------------------

ps: sapa2 yang nak ai review barang jualan secara PERCUMA boleh contact ai di dzuhairah@yahoo.com / fb:eyradzuhairah


dah klik? tq uolss ♥♥♥