Sunday, April 28, 2013

Resepi Agar-agar Coklat Oreo

Salam uollss hehehe di malam hari yang renyai2 hujan di luar jendela sane tuh. mai la kita sama2 mendalami ilmu masak memasak bersama chef eyradzuhairah....hahhaha chef sangat kan.


Ok so menu kite malam ni ialah AGAR-AGAR COKLAT OREO


Rupe AGAR-AGAR COKLAT OREO lepas kena potong. agar2 ni ada 3 layer taw, atas coklat tengah oreo bawah coklat


Close up sket Ok AGAR-AGAR COKLAT OREO.. 

Bahan-bahan
  • 10gram serbuk agar2
  • 750ml air
  • 150g gula
  • 1 tin susu cair (400ml)
  • 3/4cawan milo
  • satu bungkus oreo (135g) - patahkan dua2 

Cara-cara
  • Masak serbuk agar2 dan air sehingga larut. Masukkan gula dan masak hingga larut. Masukkan susu cair kacau sebati hingga mendidih.
  • Bahagikan 2 bhgn dan 1 bhgn dicampurkan milo dan kacau hingga sebati.
  • Bahagikan 1 bhgn milo kpd 2 bhgn. Masukkan 1 bhgn milo ke dlm acuan.
  • Apabila mengeras sedikit, tuangkan adunan putih tadi. taburkan biskut oreo. Sejukkan sebentar sehingga mengeras sedikit kemudian tuangkan pula baki milo tadi. Sejukkan sekejap dgn suhu bilik kemudian masukkan peti sejuk. Potong dan Hidangkan.
kredit to bukuresepi

2 comments: