Salam ermm dekat facebook ade ler 2-3 orang dok tnya ai nie diet ape sebenarnyer? nampak macam 24 jam je makan.. diet ke tuh dik non oii? hahahahha... Ok la meh meh nak citer perihal diet ai, actually ai pon baru je percaya kat diet neh.. ciss pecaya sangat, ai taw pasal diet ni mule2 dari blog dzulfikri zulkifle. eh name nak sama, nama ayah pon same tapi malangnyer kami bukan adik beradik =)..ok2 dah2 melalut..
Let Start!!!!
Diet Atkins dicipta Dr. Robert C. Atkins2 macam kite lah eh salah macam ai, orang2 yang gemus & comey2 hahahha. Diet Atkins berkonsep bakar Carb & lemak2 degil dalam badan kite neh. Maksudnya kite kena kurangkan ambik makanan berkarbohidrat macam nasi, mi, kentang dan gula,then badan kite akan bakar semua lemak2 dalam badan dan guna semua lemak yang dah ade dalam badan as TENAGA. Ramai dah taw yang berjaya kurus dengan diet nie.. tak caya ce uolls join group KDA (Kelab Diet Atkins) tengok dah berapa ramai kawan2 dalam KDA dah berjaya kurus dengan diet atkins.
Yang best join group ni, kat situ kite bole tengok & try macam2 resepi yang HALAL atkins. nanti ai post resepi2 yer di lain entry. kat sini kite bole tnya ape2 je yang kite konfius ke, nak tnya benda ape bole mkn ape yang tak bole mkan.. sifu2 kat sini tak penah jemu dok melayan soalan2 wlpon rase nyer da 10 orang tnya bnde yang same..hahaha..
Oh lupe nak bagi taw diet ni ade 4 stage taw:
- Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
- Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
- Pre-maintenance
- Lifetime Maintenance
Bagi ai la kan diet ni best sebab kite actually macam tak diet je sebabnya kite bole makan ape saje tapi make sure sehari kena ambik kurang dari 20g Carb lah..
Ni antara benda "HALAL" atkins:
- Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
- Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.
- Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.
- Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.
- Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.
- Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.
- Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
- Burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...
- Pizza? Makan topping sahaja.
- Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.
"Haram" Atkins (terutama minggu Induction)
- Elakkan nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.
- Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya.
- Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
- Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).
- Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
- Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
- Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu.
- Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.
- Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.
Ingat taw ! Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan untuk menyusahkan uolls tapi nak suh badan kite bakar lemak bukan glukosa.Uolls kena pandai la kire berapa Carb yang korang ambk sehari then please make sure LESS SUGAR.. jgn mkan makanan segera, jajang semua tuh, tak elok taw.
No comments:
Post a Comment