Thursday, November 28, 2013

Resepi Bubur Bunga Kubis Gaya Atkins

Salam semua.. sihat ke uolls? ermm iolls  ni sambil tunggu nak balik dari opiz ni macam bosan je...belek2 pic dekat phome terjumpe pic2 yang ambil hari tu masa nak masak bubur bunga kubis. so bubur ni sangat2 sesuai bagi sapa2 yang tengah berdiet atkins sebab bubur ni bebas karbo..so jom layan step2 nak buat bubur ni..

pelakon utama kita hari ni tadaaaa BUNGA KUBIS..uolls potong2 dulu bunga kubis ni then rebus sampai empuk sikit,

lepas rebus tu sejat dulu bagi kering air dah bagi sejuk sekejap..lepas tu boleh la blender kan bunga kubis ni


ni pulak rupe bunga kubis lepas blendae tadi..

lepas dah blander tadi sekarang kita sediakan bahan2 nak menumis pulak, iolls cuma guna bawang putih, bawang merah dan halia.lepas dah tumis bahan2 ni..masukkan bunga kubis yang di blander tadi, kemudian masukkan air, garam, gula

 nak bagi sedap lagi tambah la lauk sikit, iolls guna udang, masuk lauk sebelum bubur tu menggelegak kemudian tunggu sekejap sampai bubur tu menggelegak dan kering sikit.

rupa bubur yang dah siap dimasak..rasa dia sangat2 lazat lemak berkrim..try la buat tak cata..kalo dekat group atkinks bubur bunga kubis ni salah satu resepi kegemaran pengamal atkins yang kadang2 teringin nak makan bubur nasi.

nak lagi ummppp goreng la ikan bilis then tabur atas bubur bunga kubs yang tengah panas2..lazat!! lepas makan dah tak mo makan nasi dah 





Friday, November 22, 2013

Resepi mini cupcake Coklat


kanan tu coklat cupcake saiz mini 


After letak topping nak bagi meriah sikit

resepi kat sini Resepi mini cupcake Coklat

Resepi mini cupcake Vanila

Ok next post pasal mini cupcake  VANILA..ermm yang ni super duper senang je uolls..





yang kiri tu lah rupe mini cupcake vanilla iolss..gebus gebas kan??

Bahan-Bahan
  • 3/4 cawan butter  - suhu bilik
  • 3 biji telur - suhu bilik
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sk garam
  • 1 3/4 cawan gula kaster 
  • 3 sk vanilla 
  • 1 1/4 cawan susu 
  • 2 1/2 sk baking powder
Cara-Cara
campur je semua bahan kat atas tu dalam bekas, kacau2 sampai sebati then bakar


Resepi mini cupcake Oren

Assalamualaikum semua.. haishh lama sangat dah menyepi kat blog ni..so hari ni 22/11/2013 hari ulang tahun kelahiran adik iolss yang ke 10 tahun.. sambil2 tengah tunggu kek nak sampai kat opiz ni..iollss teringat hari tu ada kawan2 dekat group Kongsi2 Resepi Kek,biskut dan lain-lain ada mintak resepi yang iolls buat masa raya haji hari tu..ok raya haji ok punye la lama gila baru nak update resepi..so tak mo taip panjang2 sebab uolls bukan nak bace pon kan..uolls nak taw resepi je kan..kan..kan..


ok yang tengah2 tu lah nama nyer cupcake mini OREN kiri VANILA kanan COKLAT

Bahan:

  • 6 biji telur
  • 2 cawan gula psir
  • 2 cawan minyk mask
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh soda bikabonat
  • 1 1/2 susu teh baking powder
  • 1 sudu teh ovalate
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • 3 sd besar oren sunquick
  • 3 cawan tepung gandum

Cara dia sangat senang..uolls campak2 je semua bahan2 tu kemudian gaul sebati, pastu bakar lah..iolls guna 150'C selama 15 minit sebab iolls guna paper cup kecil je..makin besar paper cup makin lama la korang kena bakar yer kawan2



rupe mini cupcake OREN iolss... comey tak kak ton?

Wednesday, October 16, 2013

Review: BB Cream Safi Rania Gold

Assalamualaikum semua.. ermm lama tak bukak blog bz bebeno aiolss sekarang... so malam ni pon agak ngantuk jugak tapi rasa macam nak shared something je dengan uolls semua..haa sape pernah pakai BB Cream Safi Rania Gold?? sapa2 yang dah pernah pakai mesti taw kan yang BB Cream Safi Rania Gold ni super duper best.. ok aiolls pon baru jugak pakai dalam 4-5 kali so hasil dia aiolls sangat puas hati lah

Packaging depan & belakang BB Cream Safi Rania Gold


BB Cream Safi Rania Gold jenis jenis tube yang kena pam2 tu so senang la kan kalo nak guna pam jer takde lah kalo lupe nak tutup tu cream die meleleh kuar

Texture BB Cream Safi Rania Gold 
texture dia macam krim2 biasa saja..dah apply dekat munga dia ringan jer nak kata cover semua parut jerawat tu tak da lah tapi krim dia ok la kalo setakat parut2 jerawat manja2 tu dia boleh cover lagi lah 

cakap saja tak guna kan..so ni testimoni dari aiolls sendiri..see krim ni tak buat muka kita nampak mekap kita tebal sangat..so far macam aiolls cakap tadi lah..aiolls puas hati la dengan BB Cream Safi Rania Gold. selain tu pakai BB Cream Safi Rania Gold ni buat muka ai tak berminyak & kalo tak silap aiolls BB Cream Safi Rania Gold ni tinggi jugak SPF dia. sesuai lah dengan Malaysia yang panas ni =)


Friday, October 11, 2013

Rezeki blog: Simple Header Dari Nur Arina Azman


Haa comey tak uollss??? Header yang simple ni dari fb:Nur Arina Azman. baik orang nyer aiolls ngade2 pasal design dia layankan aja.. heheheh tqsm yer Nur Arina Azman

Oh ya header ni ai bertuah sebab join first-giveaway-ciknyoonyalita.  so nak ucapkan terima kasih jugak dekat ciknyoonyalita.blogspot.com sebab sudi jadikan aiolls bertuah then dapat header free..FREE uolls sapa tak suka kan..

Monday, October 7, 2013

Shiseido Black Mask


Assalamualaikum semua.. dah lama gila post ni ada dekat draf. sudah tiba masa nya aiolls kena publishkan..so jangan cakap banyak sebab rasa nya banyak orang dah penah guna mask ni kan..dulu famous amous kot mask ni..so aiolls pon dah banyak kali guna mask ni, so far best lah sebab dia leh hilangkan semua kotoran kat muka neh.. mau tak hilang kotoran..time pakai dia tu masa nak tarik, mak aiii sakit!!! tapi dah banyak kali pakai, lama2 dah biasa..betul lah orang cakap beauty is pain kan..


Ni packaging depan & belakang Shiseido Black Mask

So apa yang aiolls boleh shared pasal Shiseido Black Mask ni:

  • 1 pack tu boleh pakai 2 kali, so jimat la kan. tapi uolls kalo nak pakai 2 kali kena simpan betul2 taw baki mask tu takot rosak or kotor pulak kan
  • lepas pakai kulit muka rasa licin, merah2 sikit sebab time tarik mask tadi tu rasa sakit sikit2, 
  • so far ai suka lah, muka rasa bersih, licin, 
  • boleh hilangkan white and black head tapi muka aiolls ni jenis tak berapa ada sangat black head..tapi aiolls pakai jugak sebab nak bagi manje2 siket muka dengan mask2 bagai kan..baru la jerawat susah nak melawat kita nanti


Resepi Terung Celup Tepung




Resepi Terung Celup Tepung
1 batang terung panjang-potong serong
1 biji telur
2 sudu besar tepung
Sedikit serbuk kunyit
Garam&lada sulah-secukup rasa
Air secukupnya
Minyak utk menggoreng

Cara dia simple dimple saje, uolls cume campur je semua bahan kat atas tuh, kacau2 bagi sebati then goreng.tadaaa dah siap

ai memula kenal terung celup tepung ni masa aiolls dengan family bercuti di Medan raya hari tu.. so balik je Malaysia tetibe rindu nak makan lagi.. tak kan nak gi Medan pulak kan nak makan benda alah ni, google2 resepi tengok..alahai mudah je rupa nyer nak buat ni..so uolls try la buat sedapp

Sunday, September 15, 2013

NuTeen Krim Jerawat Pilihan Aiolls

Packaging depan & belakang


Packaging NuTeen (Tube Packaging)

> reduces pimples within a few days <
> contracts pimples <
> reduce pimples size <
> provides anti-bacterial functions <
> help lighten pimples scar <


So apa yang boleh aiolls shared pengalaman iaolls guna NuTeen ni
  • jerawat cepat kecut kalau guna masa jerawat baru-baru naik kat muka
  • krim dia warna macam nak oren2 cair sikit, kalo pakai ada nampak kesan pakai kat muka..ni aiolls nak berapa suka sangat. so ailoss pakai time malam & time tak keje jelah
  • bila dah pakai dalam 1 jam krim dah kering, krim dia jadi macam gel mudah tanggal
  • so far ai suka la krim ni & dan pakai sampai nak habis 2 tube pon =) haa nampak tak ai setia dengan NuTeen ni

Saturday, September 14, 2013

Resepi Kek Coklat Tanpa Telur


Alkisah minggu lepas time ummi abah pergi kenduri ai tinggal sesorang takde buat apa, bosan then terpikir dan jugak terlapar so google2 jumpe 1 resepi yang ai tak pernah cuba & tak pernah makan seumur hidup ai sepanjang 23 tahun ni..so dengan tiba-tiba mood rajin dah mai ai pon bersilat la kat dapur buat Kek Coklat Tanpa Telur..erm so result die..bagi ai la kan..ai tak berapa suka la sebab rasa die tak berapa ummpp dan tak berapa lemak compare dengan resepi kek coklat letak telur..tapi takpe lah atleast ai pernah try makan kan kek coklat takde telur ni..nanti takde la kempunan ai di zaman2 tua akan datang...ok fullstop jangan melalut jom copy paste resepi yang super duper simple dimple

Bahan-bahan

1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
1 sudu kecil cuka

Cara-cara
  1. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu dan garam Kemudian dikacau rata-rata.
  2. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
  3. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
  4. Tuangkan adunan ke dalam papercup dan bakar selama 15 minit dengan 150C atau hingga masak.

Friday, September 13, 2013

Jom Tengok Fishtail Dress Murah Yang Amat











Haa macam mana? murah giler kan RM48 jer kalo kat butik on9 yang lain tak dapat taw harga macam gini..so kalo uolls nak order boleh direct pergi dekat fb eyra.dzuhairah atau boleh jugak contact dekat My Dream Collections atau boleh sms ai dekat 0172919171



contact us:
sms: 0172919171

Kek Coklat Moist Anis CMC

Jom layan gambar dulu






Haa terliur tak tengok kek coklat ni??? heheheh aiolls yang tengah ganti puase pon macam dah tergugat dah keimanan neh..takpe2 tahan nafsu makan dulu..nanti aiolss dah kurus ramping baru aiolss nak g serang lagi giant batu caves nak gi beli kek yang super duper sedap lazat lagi moist ni..ok kalo uools nak taw lebih lanjut pasal kek coklat moist ni boleh contact owner kek di dekat facebook beliau Tokey Keday Anis CMC.

So aiolls nak shared sikit perasaan keterujaan mase makan kek ni

  • kek yang super duper sedap
  • kek coklat yang lembap
  • banyak coklat cair 
  • harga murah
  • senang dapat sebab now dia dah luaskan pasaran kek dia di kebanyakan petronas sekitar KL/Selangor

Rezeki Blog: Doodle dari Zakieazid & Hannan


comey kan doodle ni.. hehehe terima kasih Zakie11 Artwork (fb) / zakieazid.blogspot.com buatkan aiolls doodle ni.. oh doodle ni hasil bertuah ai join simple-giveaway-by-hannan terima kasih jugak pada sis hannan sebab pilih aiolls untuk menang doodle ni. tq semua muahhh =)

Thursday, September 12, 2013

Resepi Biskut Semperit Susu

Salam uolls hihihi masih dalam mood raya lagi ker?? actually malam ni ai tetibe teliur nak makan biskut raya, biskut semperit susu ada orang panggil biskut dahlia susu apa-apa pon kuih dia sama je nama je lain-lain. biskut ni ai suka sebab nak buat die super duper senang, orang pemalas macam ai pon jadi rajin sebab bahan-bahan dia super duper ringkas lagi cepat dan sedap. ni kat bawah ai ada shared resepi dia uolls kalo nak buat untung raya haji nanti silakan la yer.nanti komen bagi taw sedap ke tak sedap biskut uolls buat tu. neway cakap banyak pon tak guna meh salin resepi kat bawah ni meh


Bahan-bahan

  • 250g butter
  • 250g susu pekat
  • 480 tepung jagung

Cara-cara
  1. Putar sekejap butter dan susu hingga sebati
  2. Masukkan tepung jagung uli dgn tangan kalo lembik sangat adunan tu boleh tmbh tepung jagung lagi
  3. Bakar selama 20mint suhu 150 atau terpulang pada tahap kepanasan oven masing-masing

Saturday, August 31, 2013

Rezeki Blog: Button Badge Dari Pretty Little Badges & Blog Cahaya Permata


Ok malam ni berhajat nak update semua hadiah2 dari contest/segmen/giveaway yang ai dapat. so ni ai dapat dari giveaway-cahaya-ramadhan


rasa nye ni button badge yang ke 3 ai dapat. ok yang paling best design ni kita boleh design sendiri taw, tapi sebab ai sedar diri tak pandai nak design2 so ai memang 100% suruh Pretty Little Badge yang design kan. so tadaaa hasil nye ai puas hati..

jutaan terima kasih buat:

Rezeki Blog: Baby Bear dari Blog Adhie


Yeahh dapat baby bear sebab bertuah giveaway-x-clusif-pertama-by-adhie


Friday, August 30, 2013

Biore UV Aqua Rich BB Cream


Salam semua tengah tunggu mercun merdeka ker??? hehehe ok memandangkan ai pon tengah tunggu mercun merdeka sambil layan fb & blog so sempat la jugak upated 2 post malam ni.. ok straight to the point, ai nk shared dengan uolls pasal 1 lagi BB cream yang ai apply as free sample.. dah lama sampai. sampai 2 sample pulak tuh..hehehe


So ni la rupe BB cream yang ai cakap tuh Biore UV Aqua Rich BB Cream


 Biore UV Aqua Rich BB Cream sample dalam bentuk tube, saiz kecil je so senang la nak bawak g travel kan.. macam ai aritu lepas la jugak masuk BB cream ni naik light (flight kan tak leh bawak naik liquid), sebab saiz BB cream ni comey sangat so terlepas la sebab masih di bawah tahap dibenarkan. tak silap ai liquid yang dibenarkan ia bawah 1L..(betulkan kalo ai salah oke)


Texture BB cream. tak berapa nak liquid sangat, senang nk apply dan cepat kering.


So kalo uolls nk free sample jugak boleh apply dekat SINI

Me used this  Biore UV Aqua Rich BB Cream.