Sunday, March 31, 2013

Durian Creep lagi!!

Assalamualaikum
in lagi ke durian creep ni? macam senyap je sekarang ni
actually ai pon suka jugak durian creep ni, kalo tak salah ai durian creep ni diciplak dari owang putih tapi owang putih idok ler makan durian, dieowang buat straberry creep, blue barry creep, banana creep, coklat creep & macam2 creep lagi lah..hihihi tapi bagi owang malaysia durian creep jugak yang sedapp kan.


Ni ha durian creep yang ai beli dekat pasar malam seri gombak. 6 ketul rm 10 murah je kan harga macam orang lain jual jugak.


Durian creep dia sedap, isi durian pon banyak, cream pon padat, kulit creep pon nipis je kira nya semua cukup lengkap lah


Makan durian creep sambil update blog..hehehe ai makan 4 ketul adik makan 2 ketul 



Sapa2 nak beli atau mengidam durian creep boleh la datang ke pasar malam di seri gombak hari sabtu dan isnin setiap minggu. 


Saturday, March 30, 2013

Review : Sophie Strawberry Milk Body Butter

Assalamualaikum semua...

Hari ni ai nak shared 1 lagi lotion yang sangat2 best, ermm actually ai ni sangat2 suke dengan lotion & anak2 beranak die. So hari ni pasal Sophie Strawberry Milk Body Butter


Sophie Strawberry Milk Body Butter packaging depan 


Sophie Strawberry Milk Body Butter packaging belakang


Packaging dia, ada penutup cerah sebab tak nak bagi lotion tumpah so bagus lah kan


body butter yang diperkayakan dengan ekstrak strawberry dan susu untuk menjaga kelembapan kulit. Dilengkapi dengan antioksida dan vitamin untuk membantu menjaga kelembutan kulit tampalebih halus dan lembab.


Apa yang ai boleh share pasal Sophie Strawberry Milk Body Butter ialah:



  • Texture Sophie Strawberry Milk Body Butter sangat pekat bukan macam lotion biasa
  • Warna dia macam Yogurt Strawberry  
  • Bau dia manis2 macam strawberry 
  • Tahan lama, ai pakai malam before nak tido, after mandi nak gi keje pun bau dia still lekat kat badan
  • Buat kulit ai makin lembut, ala2 macam baby gitu, tapi baby besoor la kan. hahaha
  • result dia cepat, merawat kulit yang kering & sekali pakai je dah boleh tengok kulit yang kering, dah moist dah skit2


Nak beli boleh contact EYRA

Harga RM12.50!!! 

Voucher Buku 1 Malaysia (BB1M)



Berikut adalah Senarai syarikat yang menerima Voucher Buku 1 Malaysia..

1. Syamoz Sdn Bhd
2. Sykt Muda Osman Sdn Bhd
3. BN Supplies & Trading
4. Dynamik
5. Popular Bookstore
6. Boarders
7. Arena Ilmu
8. A/C Book Sdn Bhd
9. Syarikat My Bookstore Sdn Bhd (buku terbitan UNIMAS sahaja dengan potongan 10%)
10. Uniworld Bookstore (Kota Samarahan) (buku terbitan UNIMAS sahaja dengan potongan 10%)
11. MPH
12. Kinokuniya
13. PTS
14. Kedai/koperasi universiti korang yang mengambil bahagian

p/s: Gunalah voucher yang di berikan oleh Kerajaan Ke Arah Yang Bermanfaat..

Giveaway #1: Ole-ole Thailand mari


selamat berhoneymoon.. teringin nak berenang2 bersama ikan2.. cantik je pantai die kan.. rasa nak gi sane...panas2 boleh terjun pantai =)

Tekan SINI nak join jugak

Segmen : Tambah Followers by Nurul


Nak join tekan SINI

Thursday, March 21, 2013

Freebies: Free Sample From POISE


Assalamualaikum, salamat petang uolls ermm sebelum balik umah sambil tunggu hujan yang lebat giler kat opiz meh la ai kongsi barang percume yang ai dapat hari tu. Kali ni dari POISE pulak.. so tak payah nak cakap banyak petang2 ni meh kite layan POISE lagi best kan...



Packging depan & belakang


3 set free sample dari POISE, 2 long liner , 2 regular scented liner , 2 regular liner

8

Apa yang menarik nya , kita dah la dapat sample free, kemungkinan besar akan dapat beg free dari POISE tapi kena hantar borang kat atas ni bersama bukti pembelian barangan POISE bernilai RM1


Antara jenis2 pad dari POISE


Sapa2 yang nak sample percuma dari POISE boleh la isi form dekat POISE MALAYSIA






Tuesday, March 19, 2013

Freebies: Lactacyd Feminine Hygiene

Assalamualaikum semua, ni entry panas dari oven neh sebab baru je kejap tadi posmen datang hantar sample dari LACTACYD Feminine Hygiene dekat rumah ai, So kire nya malam ni ai nak review la sikit2 pasal  LACTACYD Feminine Hygiene ni.


Ni la antara yang dapat tadi, 2 keping sample  LACTACYD Feminine Hygiene

packaging depan 

packaging dalam 



Antara perisa.. perisa lain ???? LACTACYD Feminine Hygiene


LACTACYD Feminine Hygiene yang baik hati bagi ai LACTACYD Feminine Hygiene Revitalize 5ml & LACTACYD Feminine Hygiene White Intimate 5ml

Sapa2 nak free sample juga, boleh la apply dekat Lactacyd feminine hygiene



















Ketone Strip untuk Pengamal Diet Atkins

Assalamualaikum uollss sehat ke? ermm ai ni sehat je selalu & dah terlebih2 sehat dah ni.. So kalo uolls nak tahu, hari ni hari ke 2 ai diet..heheheh diet lagi kan... erm harap2 dapat la bertahan diet ni sampai hari jumaat ni.. nak try diet seminggu dulu tengok macam mana, banyak mana berat turun..

So macam biasa la, ai ni pengamal diet ATKINS.. so ari tu ai dah order keton strip dari kawan fb ni, actually dah 3-4 hari dah barang sampai, tapi yelah kang baru semalam ai diet, then baru petang tadi ai try guna keton strip nie.. result nye ni haa


purple means ai kurang air.. 

eh jap2 uolls taw tak keton strip tu ape??? ok2 meh nak citer, bagi pengamal diet atkins, keton strip ni sangat2 la membantu sebab macam uolls taw diet atkins ni "more protein less carb" so keton strip ni fungsi die nak detect carb yang ada dalam badan kita. benda alah ni jugak sambil2 tu dia ditect proses KETOSIS dalam badan kita, eh2 ketosis tu menatang ape pulak,,, heheheh ketosis tu proses membakar lemak dalam badan laa.. ok ada paham anak2??


Ni haa rupe keton strip ai, kalo uolls nak beli, dia ada macam2 jenis brand taw, so uolls tinggal pilih je nak yang mana 1. dalam 1 botol ni ada 50 strip, so boleh la tahan 2-3 bulan sebab kita bukan test hari2 pon carb kita ni.


Warna2/ tahap2 ketosis dalam badan


Putih (Negative) – Menunjukkan anda bukan di peringkat ketosis iaitu anda masih mengambil terlalu banyak karbohidrat dalam diet harian anda.

Merah sangat muda (Trace) – Anda dalam keadaan ketosis iaitu pembakaran lemak kepada tenaga sedang berlaku. Walaubagaimanapun anda masih belum di tahap yang ideal.

Merah muda (Small) – Ini adalah bacaan ideal di mana anda dalam keadaan ketosis dan corak pengambilan karbohidrat / pemakanan anda adalah betul.

Ungu muda (Moderate) – Anda dalam keadaan ketosis yang agak tinggi. Kemungkinan besar badan anda memerlukan lebih air.

Maroon / Ungu (Large) – Ketosis terlalu tinggi dan tubuh anda amat memerlukan air dan anda perlu mengambil karbohidrat dalam diet anda.

Sunday, March 17, 2013

Resepi Cucur Bilis


Assalamualaikum semua...
ermm hari minggu buat ape je? ai ni haa kalo tak diet, makan jelah keje nyer..so ni dah kenyang2 nak la shared resepi nyer, alah very the simple dimple je, anak teruna pon bole buat..hahaha

Resepi Cucur Bilis very the simple dimple 
2 cawan tepung gandum
1 cawan ikan bilis
1 sudu kecil serbuk penaik
1 biji telur
1 biji bawang besar (potong dadu)
1 cawan cili kering (rendam dulu then potong halus2)
3 sudu besar gula
secubit garam

Then after tu bancuh je semua bahan2 sampai sebati & goreng sampai garing..nyum3 sedap nyer tambah2 buat untuk minum petang dengan keluarga tersayang kan...cuba la buat gerenti licin je pinggan.. 


Saturday, March 16, 2013

Freebies: Exfo Clear Fine Gel

Assalamualaikum semuaa... ape citer petang2 hari minggu ni??
ermm ai minggu ni macam malas je nak kuar so rest2 kat umah jelah
tapi hari ni ai nak shared 1 lagi barang percuma ai dapat semalam


semalam sampai2 je umah ummi kata ada surat untuk ai... tadaaa rupe2 nyer dari exfo, so ai macam excited la kejap kan...heheheh


So macam ni la packging dia, simple je dalam tuh just ada 1 sample exfo clear fine gel & pamphlet exfo clar fine gel


Kat pamphlet dia cakap, if kita amalkan clear fine gel ni dia boleh tolong cerahkan kulit kita, so sapa2 yang tengah mencari produk cerahkan muka, boleh la try clear fine gel ni.


rupe clear fine gel, kecil je sample dia..


Tq BOA marketing sebab poskan sample ni untuk ai.. muah3 tq =)

kalo uolls nak sample jugak bole lah request sample free uolls kat exfo.com.my



today is my laundry day...


Thursday, March 14, 2013

Cara Masak Rumpai laut

Assalamualaikum semua
hari ni ai ingat nak shared cara2 nak masak rumpai laut, tak kesah la rumpai laut grad ape pun cara masak dia tetap sama


Mula2 yang penting kena ada ialah rumpai laut. ni ai beli 100g RM12


kemudian basuh rumpai laut 3-4 kali 



Lepas basuh 3-4 kali, rumpai laut perlulah direndam semalaman dulu dengan air yang bersih


Rupa rumpai laut yang telah direndam semalam, air yang bersih bertukar warna



Semalaman rendam, rumpai laut sedikit mengembang


Next, kita nak masak rumpai laut, air letak 4 helai daun pandan. nak bagi wangi sikit & kurangkan bau hanyir rumpai laut ni


Setengan cawan gula, sebagai pemanis 


Seterusnya, masukkan rumpai laut & daun pandan. dah mendidih baru masukkan gula. kacau2 smpai la rumpai laut tu cair semua


credit pic to pudingrumpailaut.com
alkisahnyer ai luper tak tanggap pic rupe rumpai laut ai.. so terpakse ler menggoogle kang takde pic uolls tak berapa paham pulak dak...So ni pic rumpai laut yang dah sejuk dia jadi macam agar2
next time ai shared macam mana ai minum rumpai laut neh taknak bagi rasa hanyir2 dia...




StresSSS


hari ni stress sangat2 ermmm tido dulu la uolls.. selamat malam semua

Wednesday, March 13, 2013

Petua Hilang Sakit Kepala / Pening

Assalamualaikum semua & selamat malam.. ermm sejak 2 menjak ni malam jelah ai free nak update apa2 story mory dekat blog, siang bz keje almaklumlah budak baru nak keje kan. So malam ni ai nak shared petua yang ai pernah try & memang berkesan. so uolls pon kalo pening2 kepale tu bole ler cuba....



Telak tuala basah yang dah direndam dengan air sejuk letak dekat dahi, tekap jugak dekat belakang kepala dan leher. Sambil urut2 kepala.


Berendam dalam air panas atau dapatkan rawatan stim dalam beg stim. tapi ai salu buat mandi dengan air panas je


Ni paling ai suka, guna bawang putih. cara dia senang je uolls just belah bawang putih nipis2 then telak dekat  tempat pening tuh macam dekat leher ke, dahi ke kan... try best berkesan kejap je dah hilang pening kepala.


Ni paling senang, ai memang serasi dengan minyak cap kapak ni, kalau pening ke, senggugut ke, kalo sapu ni ermmmmm sedapp dingin je rase..