Wednesday, January 30, 2013

Review: In2It Liquid Eyeliner

Assalamualaikum uolls..
petang nie ai rase macam nk shared ngn uolls pasal Eyeliner. Bagi  ai eyeliner wajib pakai sebab nak cover mate sepet & mata lebam.. so ai memang nak gi mane2 eyeliner & bedak wajib pakai. so try Eyeliner dari IN2IT.. best waa cakap luu.


Tadaa nie la rupe nyer eyeliner IN2IT tuh, ai suke yang nie sebab berus die sangat2 lembut, kalo uolls tak suke berus lembut, IN2IT ade jugak keluarkan Eyeliner yang jenis berus macam mate pen tuh..


Eyeliner salah 1 benda wajib dalam beg mekap ai

So bagi ai eyeliner sangat2 best sebab:
  • Warna yang sangat hitam dan tahan lama
  • Cepat kering. pakai kejap je eyeliner dah kering & tak payah nak kipas2 lagi dah mate suh eyeliner kering
  • Mudah nak apply sebab berus die senang nak control & lembut sangat2
  • Harga yang sangat berpatutan dan tahan lama
  • Eyeliner ni waterproff so kalo pakai then kene hujan die tetap terletak kat mate tak meleleh cair

.:Me wearing IN2IT Eyeliner:.


Wordless Wednesday : What You Get When You Lose Your Fat???


Tuesday, January 29, 2013

Resepi: Terung Goreng Masak Sambal

 
Terung Goreng Masak Sambal
 
Bahan-bahan:
3 Biji terung
3 Biji Cili Kampung
6 Biji Cili Kering Direndam Air Dulu
1 paket Sweet Pal / 1 Sudu Gula
1 Cubit Garam
1/2 Sudu Asam Jawa
1/2 Labu Bawang Besar
2 Ulas Bawang Putih
 
Cara-cara:
1. Mula2 potong terung dan goreng sampai layu
2. Blend bawang putih, bawang besar,cili kampung & cili kering.
3. Tumis yang kita dah bland tadi masuk gula/sweetpal, garam & air asam jawa
4. Sesudah tu masukkan terung yang kite goreng tadi.
5. Kaup balik terung tadi bagi sebati dengan sambal.
6. Tadaaa dah siap

Review: Vaseline Cocoa Glow Lotion

 
finally beli jugak lotion ni. sebenarnye dari melaka lagi dah ngidam lotion neh tapi susah nak jumpe yang botol sedang.. salu jumpe botol besar yang jenis pam tuh..So dah 3 hari pakai lotion neh ape yang bole ai shared kan ialah, lotion nie sangat2 best bau die macam coklat2 gitu, bau yang sangat2 lembut. texture die sama macam lotion veselline yang lain jugak. likat2 sket2, cepat meresap, kalo kena air tak melekit kat kulit.
 
 
Ni ha texture die, pekat. kaler die pulak macam kaler air coklat duch lady tuh. actually lotion ni melembap sambil bagi effect glowing kat kulit kite.
 
So ai nak bagi 5 star kat lotion nieee

Monday, January 28, 2013

Jom Menternak Lemak - Fav ever


Cream Puff


Portuguese egg tart


Tat Coklat


Kek coklat gulung


Bum Ayam


Coklat cupcake


Coklat moist cake


Cheesy burger bakar



The best pavlova at Putrajaya


16 pcs = rm30 
nak order?? click sini linda

Family day out

Salam u olls dah lama tk update pasal family kan... ermm ni actuallyda 3 hari lepas punyer cerita tapi takpe lah nk post jugakk.. ni kiteowg gi makan2 dekat wangsa maju mee kari ketam paling famous amos kat sini.. 


Mee kari ketam.. murah & sedapppp 
ketam die besorr mee die tak kembang semagkuk, rase die lazattt 


Pembuka selere.. ambik ko 3 keping jambu batu sekali belasah..hahahah acene nk kuruihhh nie..


Air kekonon nye nak diet, air kosong & limau suap takde gule


After makan2 gi shopping dekat BB plaza abah konon2 nak g terminate maxsi broadband.. ai pon ape lagi masok watson shopping ini ler.. nati ai review ni semua ok?


Lunch suda. shopping suda now cendol time!! makan cendol tepi jalan nak masok area rumah.. sedaapppp.. dah lame gile tak cendol mendol neh..



Ni haa rupe cendol.. ade owg tak kenal cendol ke?

Pelahapp acane nk kurus...


Payin posing tepi jalan..hahhaha


Pahmi si chubby.. tengok bontot da penuh 1 kusi daa.. 


My abah =)



My Ummi =)


Ika


Ok bye, jap2 tengok peha... besar tak?? asset yang nak di "cairkan"







Friday, January 25, 2013

Halal Tapi Haram

salam u olls eh ape yang halal ape yang haram neh... pening pening pening!!!... oke2 relex2 semua meh nak citer meh... actually halal tuh halal la kan boleh dimakan & disentuh.. haram tu haram lah tak bole makan tk bole sentuh.

Enrty ni sebenarnye ai nak citer makanan kesukaan ai mybe uollss pon suke jugak. wajib la makanan ni halal tapi haram disisi perkuhuman Diet atkins..heheheh tu sebenarnye.. motifff???


Munchy Speed Wafers Chooclate 
Berat Bersih = 90g
Setiap 3 Pek hidangan / 30g = 18.8g carb


Cap Ping Pong Teddy Choclate Biscuts
Berat Bersih = 120g
Setiap hidangan 30g / 15 keping biskut = 22.9g carb

Appollo choc Layer Cake
Berat Bersih = 18g
Setiap pek = 10.9g carb

Colat Cream Oreo
Berat Bersih = 137g
Setiap 3 keping / 29.4g = 20g carb


Julies Cheese Sandwich
Berat Bersih = 125g
Setiap 4 keping / 28g = 18g carb


Kerepek Kentang Mister Potato Crisps 
Berat Bersih = 160g
Setiap hidangan 28g = 17.5g carb


Kraf Tigar Knaf
Berat Bersih = 240g
Setiap 22g / 4 keping = 15.4g carb


Milo Serat Hi-Fibre 
Berat Bersih = 34g
Setiap hidangan 34g = 22.4g carb


Milo 3in1
Berat Bersih = 33g
Setiap hidangan 33g = 20.6g carb


Chek Hup Kokoo Hot Choclate Drink
Berat Bersih = 40g
Setiap hidangan 40g = 27.8g carb


Nescafe 3in1 Mild
Berat Bersih = 20g
Setiap hidangan 20g =16.4g carb
 
p/s: please uolls kurangkan atau jangn ambik makanan2 macam ni sebab bole kantoikan diet kite.oke??




Thursday, January 24, 2013

Pantang Larang Menu Diet Atkins


MENU PALING SELAMAT(MAKAN SAMPAI PENGSAN PUN BOLEH)
  • TELUR
  • IKAN
  • AYAM
  • LEMBU
  • KAMBENG
  • PUYUH
  • UNTA
  • UDANG
  • MINYAK SAWIT
  • AIR KOSONG SETIAP 25KG BERAT = 1 LITER
  • BUTTER
  • MAYONIS(CARB PALING LOW, 1 SUDU SEHARI SUDAH)
  • SATE BUATAN SENDIRI(NO SUGAR)

MENU KENA HATI-HATI(BOLEH MAKAN)
  • SAYUR
  • GARAM
  • BAWANG
  • KUNYIT
  • CILI
  • SANTAN ORIGINAL
  • REMPAH BELI KAT KEDAI (SANGAT TAK DIGALAKKAN)

TIDAK DIGALAKKAN(SLOW KAN PENURUNAN)
  • SEGALA JENIS FAST FOOD, PROCCES FOOD

PALING TAK SELAMAT(HANCUR KETOSIS)
  • SATE BELI KAT KEDAI
  • GULA
  • TEPUNG
  • NASI
  • BUAH
  • SOS





Antara menu2 yang kawan2 KDA shared..balik kl nanti mau try masak =)

Salam Maulidur Rasul



7 wasiat Rasulullah saw agar kita mengamalkannya dalam kehidupan.


Wasiat Rasulullah saw Kepada Abu zar Al-Ghifari :
Dari Abu zar r.a dia berkata: “Kekasihku (Rasulullah) saw berwasiat kepadaku dengan tujuh perkara :


  1. Supaya aku mencintai orang-orang miskin dan dekat dengan mereka
  2. Beliau memerintahkan aku agar aku melihat kepada orang yang berada di bawahku dan tidak melihat kepada orang yang berada di atasku ( urusan keduniaan)
  3. Beliau memerintahkan agar aku menyambung silaturahim meskipun mereka berlaku kasar kepadaku
  4. Aku dianjurkan agar memperbanyak ucapan lâ haulâ walâ quwwata illâ billâh (tidak ada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah)
  5. Aku diperintah untuk mengatakan kebenaran meskipun pahit
  6. Beliau berwasiat agar aku tidak takut celaan orang yang mencela dalam berdakwah kepada Allah,
  7. Beliau melarang aku agar tidak meminta-minta sesuatu pun kepada manusia”.

Hadis bertaraf sahih ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Imam ath-Thabrani, Imam al-Baihaqi.

Semoga Allah memberi petunjuk dan kekuatan agar kita dapat mengamalkan kesemua wasiat nabi saw ini dalam kehidupan seharian.

Segmen Tambah Follower!! ~~KasihLestariAbadi~~


Syarat-Syarat:

1.Follow blog Kasih Lestari Abadi
2.Buat entri.Cerita ler apa yang kalian nak citer....Tapi tajuk mestilah : Segmen Tambah Follower!! ~~KasihLestariAbadi~~
3.Letak banner segmen & link kan ke entry ni
4.Letak screen shot follower uolls beserta jumlah follower ketika join segmen ini

Jumlah follower terkini: 116

5.Letak URL entri uolls ke ruang komen di sini. Yang letak URL di ruang komen sahaja yang akan dianggap peserta.

Tempoh Segmen:
12.01 pagi 23 Januari 2013 hingga 12.00 malam 9 Februari 2013

Hadiah
Pertama :
Buku Nota (Handmade by Felt Craft Lestari berharga RM20) + Topup RM10
Kedua :
Topup RM10



Wednesday, January 23, 2013

Apa Itu Diet Atkins??

Salam ermm dekat facebook ade ler 2-3 orang dok tnya ai nie diet ape sebenarnyer? nampak macam 24 jam je makan.. diet ke tuh dik non oii? hahahahha... Ok la meh meh nak citer perihal diet ai, actually ai pon baru je percaya kat diet neh.. ciss pecaya sangat, ai taw pasal diet ni mule2 dari blog dzulfikri zulkifle. eh name nak sama, nama ayah pon same tapi malangnyer kami bukan adik beradik =)..ok2 dah2 melalut.. 

Let Start!!!!

Diet Atkins dicipta Dr. Robert C. Atkins2 macam kite lah eh salah macam ai, orang2 yang gemus & comey2 hahahha. Diet Atkins berkonsep bakar Carb & lemak2 degil dalam badan kite neh. Maksudnya kite kena kurangkan ambik makanan berkarbohidrat macam nasi, mi, kentang dan gula,then badan kite akan bakar semua lemak2 dalam badan dan guna semua lemak yang dah ade dalam badan as TENAGA. Ramai dah taw yang berjaya kurus dengan diet nie.. tak caya ce uolls join group KDA (Kelab Diet Atkins) tengok dah berapa ramai kawan2 dalam KDA dah berjaya kurus dengan diet atkins. 

Yang best join group ni, kat situ kite bole tengok & try macam2 resepi yang HALAL atkins. nanti ai post resepi2 yer di lain entry. kat sini kite bole tnya ape2 je yang kite konfius ke, nak tnya benda ape bole mkn ape yang tak bole mkan.. sifu2 kat sini tak penah jemu dok melayan soalan2 wlpon rase nyer da 10 orang tnya bnde yang same..hahaha..

Oh lupe nak bagi taw diet ni ade 4 stage taw:

  1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan. 
  2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan) 
  3. Pre-maintenance 
  4. Lifetime Maintenance
Bagi ai la kan diet ni best sebab kite actually macam tak diet je sebabnya kite bole makan ape saje tapi make sure sehari kena ambik kurang dari 20g Carb lah..

Ni antara benda "HALAL" atkins:

  1. Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
  2. Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.
  3. Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.
  4. Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.
  5. Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.
  6. Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.
  7. Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
  8. Burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...
  9. Pizza? Makan topping sahaja.
  10. Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.

"Haram" Atkins (terutama minggu Induction)

  1. Elakkan nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.
  2. Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya.
  3. Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
  4. Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).
  5. Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
  6. Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
  7. Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu.
  8. Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.
  9. Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.
Ingat taw ! Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan untuk menyusahkan uolls tapi nak suh badan kite bakar lemak bukan glukosa.Uolls kena pandai la kire berapa Carb yang korang ambk sehari then please make sure LESS SUGAR.. jgn mkan makanan segera, jajang semua tuh, tak elok taw.











Wordless Wednesday : Exam Over